Wednesday, 25 February 2015

Zine : Art Distraction

Assalamualaikum Malaysian's

Alhamdulillah , syukur sebab aku dah berjaya hasilkan zine aku sendiri . Secara officialnya pada 30 Januari lalu aku dah mula jual . At the first place , aku taklah reti sangat nak jual secara besar-besaran . Tapi rezeki aku sebab waktu tu ada bazaar sempena Chinese New Year dekat Sandakan bertempat dekat Dewan Yu Yuan , Batu 4 . Lepastu , aku cuba promote dalam acc FB lah , twitter lah serta insta . Then , ada satu kedai buku yang  memang tidak asing aku rasa di Sandakan , Kedai Buku Hipsta sudi jemput jual zine ni dekat kedai mereka . Sebelum aku sambung cerita , mungkin ada certain orang yang masih belum faham tentang zine .

Apa itu Zine ? 

- Zine (sebutannya 'zeen') adalah ringkasan kepada perkataan 'fanzine' atau 'magazine' 
- majalah / makalah .
- Beza zine dengan 'magazine' (majalah) adalah ia diterbitkan secara sendiri (self-published) dalam bilangan kecil .
- Ia juga adalah penerbitan asli 100% individu tertentu atau kumpulan tertentu yang mewakili sesuatu bidang atau berasaskan sesuatu topik, acara, produk, hobi, minat, kegilaan, muzik, dan sebagainya .
- Medium utama penerbitan zine adalah mesin cetak (photostate / photocopy machine) + secara manual
- Penerbitan biasanya berjumlah kurang dari 1000 naskhah atau kurang dan keuntungan bukanlah tujuan utama penerbitan
- Zine sifatnya bebas dari sebarang etika penulisan media mainstream serta menekankan elemen diskusi dan perkongsian ilmu.
- Penulisannya bersifat santai
.- Antara contoh zine terkenal dalam dan luar negara adalah seperti 'zine Satu Malam', 'Cometbus', dan        'Maximum RocknRoll' .

sumber : http://layparkzine.blogspot.com/2013/08/apa-itu-zine.html

Sebenarnya impian nak hasilkan buku yang ada hasil karya aku sendiri dah lama aku simpan . Berangan lebih tapi habuk takda . Sebab kos dia boleh tahan banyak juga nak kena guna . Tapi , InsyaAllah , kalau dengan hasil usaha gigih , tak putus asa , mungkin boleh lagi ke peringkat lebih tinggi , kan ?

Berbalik pada zine aku . Zine ni , bukan hanya ada hasil karya aku seorang . Tapi aku dengan yakin dan percaya setulus jiwa telah ajak satu lagi geng berkolaborasi bersama untuk menggumpulkan hasil otak untuk buat zine ni . Ok aku tau ayat aku hambur . Dan thanks a bunch to Dayang Meylda sebab sudi terima pelawaan aku .

Sebelum aku lupa untuk kesekian kalinya , oh kenapa aku kerap pelupa . Zine ni tajuk dia ' Art Distraction : Puisi Jiwa Kau Aku Zine ' . Zine ni aku jadikan sebagai medium untuk sebarkan dakwah , karya , luahan hati dan pandangan kami . Untuk dakwah , aku rasa kau sampaikanlah dalam medium apapun . Semoga ada yang mahu menerima dan memahami . InsyaAllah kita punya saham untuk akhirat . Nah , gambar pencuci mata  =]















Doakan kami berjaya ! Dan doakan kami untuk result SPM yang keluar seminggu ja lagi ni .

                       p/s : Maaf , untuk penggunaan kata AKU kepada golongan 
                               yang lebih tua dari penulis .





Thanx for reading ! Like if love the entry !

6 comments:

Mialia Amelia said...

*pegang tangan* takutnya dgn result SPM !!! haha. gud luck


wah nampaknya lama tak update section komen tu eh ? 'insan mendoakan aku straight A PMR' hehe

Ninie said...

Wah...bangga! Proud of u dik... Moga2 terus maju n istiqamah. Fighting! Tambah lg puisi byk2... Salam ziarah.

http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/

Atira Ameer said...

Terima kasih tau 😘 sbnrnya dah lama nak tukar tapi lupa mcm mana . Haha .

Atira Ameer said...

Alhamdulillah . Terima kasih kak =] nnti saya ziarah kembali .

Atira Ameer said...
This comment has been removed by the author.
Atira Ameer said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...