Friday 28 December 2012

Vacation Trip : KL Tower

Assalamualaikum Malaysian's !

19.12.12 . Sudah lepas tarikh tu. Tarikh aku dapat keputusan PMR selepas
berhempas pulas duduk dalam dewan periksa untuk exam PMR.

Alhamdulillah, lulus walaupun tak capai target dan sedih sikit sebab
tak dapat bagi result baik as present untuk ibu.

Ok ! Straight to the point. Nawaitu utama untuk publish percutian hari tu.

Sehari sebelum balik Sabah. Memang kami putar habis Suria KLCC. Tepat jam 2 tu
abah terus bawak kami turun bawah sebab nak naik tower dia. First time kan, so excited dia lain macam sikit since sebelum ni pergi KLCC pun semata-mata mahu window shopping.
Then , kami dengan beberapa pelancong pun bersama beratur untuk naik KL Tower.

Seingat aku, untuk adult harga dia RM35 macam tu dan bagi untuk kanak-kanak bawah 15
RM28 lebih. So, kira bajet untuk kami sekeluarga memang makan RM200 lah.
Lepas tukang guide bagi taklimat sikit , ikut kumpulan masing-masing berdasarkan warna pas
beransur-ansur masuk lif. Kami naik sampai tingkat 86.






Part gambar atas ni yang aku suka. Pas kecik nak masuk tu jangan buang merata masa naik sebab ada kegunaan dia. Code dekat atas pas tu bila kita halakan dekat skrin yang disediakan dekat tower tu.
Nanti akan keluarlah macam komponen-komponen pembinaan menara petronas ni macam ibu buat dekat atas tu. *Hancuss ayat. So easy cheezy kan ?





Kalau ada yang tak pergi lagi tu, jangan lupa pergi lepas ni. Haha ! terimakasih kerana sudi membuang 
waktu anda membaca entry ini. By the way , ada sesiapa sedar tiada langsong gambar aku 
di situ. Saya pemalu *Peek a boo :P


         p/s : Maaf , untuk penggunaan kata AKU kepada golongan yang
                  lebih tua dari penulis .





Thanx for reading ! Like if love the entry !

Wednesday 7 November 2012

Khas buat wanita bertudung :)

Assalamualaikum malaysian's !

Menutup aurat perlu ada niat , konsep serta falsafah khas yang dibuat atas dasar iman, cara
dan pelaksanaannya harus ikut syariat and lastly untuk tegakkan akhlak .
Tapi sometimes ada jugak wanita yang pakai tudung ni atas dasar niat dia
berlainan daripada tujuan asal TUTUP AURAT. Betulkan ?

Nawaitu orang yang x ikhlas ni , mungkin hendak glamor tambah-tambah lagi
fesyen tudung sudah semakin berlambak sekarang , then wanna look beauty , just nak berfesyen
bagai and nak tutup kekurangan yang ada pada rambut , maybe ? And tak kurang juga pada
pelajar islam dekat sekolah. Look , mcm ada yang x ikhlas oohh .
Kekadang tu ,ekor rambut belakang pubn boleh nmpk . Then potongan tudung tu
terlalu sangat amat pendek tahap maksima * tak puas hokeyy !

Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala. At least , ada 4 perkara
yg kena tutup dgn tudung .

1. TUDUNG PADA WAJAH .
Jangan membuat wajah ini sengaja mengundang fitnah , berhias dengan tujuan
tabarruj iaitu menampakkan perhiasan and kecantikan ni dekat orang ramai .
Padahal kecantikan khas buat suami , bukan untuk lelaki ajnabi ;)

2. TUDUNG PADA MATA
Jangan matanya terus menerus melihat lelaki selain mahramnya. Rasulullah S.A.W
bersabda yg bermaksud "Semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali
mata yang dipejamkan daripada memandang apa-apa yang diharamkan ,
mata yang berjihad di jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata walau
sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah" (Riwayat al-Dailami)

3. TUDUNG PADA SUARA
Jangan dilunak-lunakkan suara just nak memikat serta menggoda serta mempesona
serta menunjuk-nunjuk *tukar serta kepada , . Allah berfirman yang bermaksud
" janganlah permpuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya , 
sebab akan menaruh harapan orang dalam hatinya ada penyakit. "
(Surah al-Azhab 33:32)

4. TUDUNG PADA HATI
hatinya terpaut pada mengingati Allah. Insya-ALLAH , pabila seorang wanita itu
mengingati Allah , Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatn yang muncul
dar dalam dirinya sendiri atau daripada orang yan lain .

Aku ni x lah sempurna sangat . Tapi , x ada salahnya jika kita saling ingat-mengingati kan ?
Berdakwah lah selagi kita mampu . Sebarkan lah Islam dalam apa cara sekalipun .
Sekarang ni media massa punya lah berlambak . Dan it up to us macam mana
cara nak menyebarkan agama yang suci ini . Akhir sekali , happy holiday yaww XD

         p/s : Maaf , untuk penggunaan kata AKU kepada golongan yang
                lebih tua dari penulis .

sumber , majalah SOLUSI


Thanx for reading ! Like if love the entry !

Friday 24 February 2012

Tanda-tanda 100 hari sebelum pergi ..

                                     
                                        
          “TANDA 100 HARI SEBELUM MATI”

“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

                  “TANDA 40 HARI”

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

                        “TANDA 7 HARI”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

                         “TANDA 3 HARI”
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

                          “TANDA 1 HARI”

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

                          “TANDA AKHIR”

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.”

credit , pakpis

Thanx for reading ! Like if love the entry !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...