Wednesday, 13 November 2013

Anagapesis

Assalamualaikum Malaysian's .

Anagapesis . Nampak macam sejenis penyakit kritikal yang takda vaksin sampai sekarang atau pun resepi terbaru roti canai di kedai mamak . Kalau anda fikir begitu , anda sama sekali salah . Well , actually lama dah aku nak tulis pasal benda ni , tapi aku perlukan pengalaman untuk merasai perasaan itu dalam menulis benda ni . Tapi , haprak . Habuk pun takda . Okay , before you keep asking ' What the menatang ANAGAPESIS ni weii ' . Ni haa .

Pronounce it with An-A-Gu-PeSis . Atudiaaa ! Atau dalam bahasa melayu dia , takda perasaan apa langsung dah dekat seseorang yang pernah dicintai . Kira ex-gf / bf lah ni atau pun yang seangkatan dengannya . Bagi aku , perasaan ni kadang-kadang muncul bila kau dah ada seseorang yang lain , yang boleh ganti tempat si dia yang pernah melukakan hati . Orang tu mungkin lebih baik daripada yang sebelumnya . Kan ? Certain pepols lah kan macam ni atau pun semua . 

Rasa cinta dan sayang terkadang pudar disebabkan tiada rasa percaya atau kesetiaan yang ada tu hancuss . Ada perempuan yang setia gila dengan pasangan dia tapi the guy perbodohkan si perempuan lantas tamatlah riwayat relationship mereka disebabkan the guy bermain kayu-kayu . Haha ! bayangkan , the guy merasa menyesal gila dan nak kembali menjalin hubungan serius dengan perempuan tu sampai ke jinjang pelamin .  
But , the girl say this to the guy .

" Heii you , i'm oredy anagapesis dekat you lah . Shuhh , shuhh "  rasa gempak gila guna perkataan tu , macam budak educated rasanya . =3 Yes ! sebab tu kadang-kadang perempuan akan cakap semua lelaki sama . Anda kena faham berikutan dia mengatakan perkara itu disebabkan dia pernah ada masa silam yang teruk berkenaan lelaki . Got it ? 

Bila kita bercakap soal hati dan perasaan . Ibarat kita pegang benda fragile . Kalau dah pecah berderai , habislah tak boleh buat apa . Kalau gam dengan gam gajah sumatera sekalipun . Masih nampakkan kesan pecah tu ? Effect dia kuat . So , konklusi nya . Jangan pernah bermain dengan perasaan seseorang . 

You want to now something ? Sekuat mana kita setia , lama mana kita tunggu , sejujur apa kita terima dia , even bertahun cinta dihati. Kalau Allah dah tak tentukan dia untuk kita dan bukan namanya yang tertulis di Loh Mahfuz kita. Please accept , kita tetap tidak akan bersamanya. Allah know the best for us , moreover Jodoh itu rahsia Allah . Haha ! sebenarnya aku rasa aku tak cukup matang nak cakap pasal benda-benda ni semua . Cuma , ini pandangan aku . Ini apa yang aku fikir pasal benda tu . 


Assalamualaikum ! #KeepPrayForPalestinesAndSyrians ='[


                p/s : Maaf , untuk penggunaan kata AKU kepada golongan yang
                        lebih tua dari penulis .


Thanx for reading ! Like if love the entry !

1 comment:

Nadratul Syazwana said...

Awhh susahnya nak sebut Tiraaa. Berbelit lidah ni ha haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...